• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Air: Azmin Ali Pertahan Tindakan

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan tindakannya mengeluarkan lesen operasi air bersih kepada Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) seperti yang termaktub dalam perjanjian induk penstrukturan industri air negeri ini.

Beliau berkata pemberian lesen operasi atau lesen ekstradisi air itu dibuat mengikut perjanjian berkenaan yang memberi Splash tempoh setahun untuk membuat keputusan mengenai pelan pengambilalihan susulan daripada perjanjian induk tersebut.

Menurutnya, selain Splash, tiga lagi operator air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) turut diberi lesen yang sama.

“Pada masa ini, disebabkan Splash diberi tempoh sehingga setahun (untuk membuat keputusan berhubung pengambil alihan) setelah perjanjian induk ditandatangani, bagaimana kerajaan negeri boleh batalkan lesen tersebut kerana hak pengeluaran air mereka ada sehingga setahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat lepas yang mempersoal tindakan Azmin mengeluarkan lesen itu kerana bercanggah dengan usaha untuk menjadikan rakyat Selangor sebagai pemilik mutlak industri air apabila penstrukturan tersebut dimuktamadkan.

Abdul Khalid turut mendakwa pengambilalihan ekuiti empat konsesi air sepatutnya tidak melebihi RM9.65 bilion seperti dipersetujui sebelum ini dan dikhuatiri langkah yang diambil Azmin itu akan mengakibatkan rakyat Selangor terpaksa membayar lebih daripada jumlah tersebut.

Bekas menteri besar itu membuat kenyataan sedemikian susulan daripada keputusan kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan industri air di negeri itu dengan kerajaan persekutuan pada 9 Mac lepas.

Malah, Abdul Khalid turut berpendapat kegagalan kerajaan Selangor meneruskan perjanjian penstrukturan semula industri air itu akan menyebabkan syarikat
konsesi mengaut keuntungan tidak munasabah dengan mengenakan tarif air tinggi kepada rakyat akibat perjanjian penswastaan yang berat sebelah.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai status pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan pembangunannya pada 16 Februari lepas, Azmin berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dalam minggu ini berhubung sebarang pembangunan infrastruktur di negeri ini.

Katanya pembinaan lebuh raya bukan penyelesaian kepada masalah kesesakan trafik sebaliknya rakyat perlu digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan memberi kerjasama kepada agensi terlibat dalam pembangunan pengangkutan awam di negeri itu untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan tersebut pada masa depan.

“Kita sedang menyiapkan pelan induk untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di negeri ini termasuk kemudahan ‘feeder bus’ sebagai penyelesaian masalah trafik yang dialami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd