• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pemilihan UMNO Diluluskan

oleh Mohd Arshad
15/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini meluluskan secara rasminya usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin ketika mempengerusikan PAU Khas itu mengumumkan usul diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 192 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Dengan kelulusan rasmi itu, MKT UMNO diberi dua pilihan di bawah Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO, sama ada untuk melanjutkan selama 18 bulan tempoh pemilihan parti atau dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) selesai diadakan.

Terdahulu, draf pindaan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO itu dibentangkan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan dan Peraturan UMNO.

“Peruntukan Fasal 10.16 yang sedia ada akan dipinda menjadi Fasal 10.16.1 iaitu pemilihan parti sekarang boleh ditangguhkan pada satu masa dalam tempoh tidak melebihi 18 bulan dari tarikh sepatutnya atau sehingga enam bulan dari PRU.

“Susulan kepada pindaan yang dibuat pada Fasal 10.16 itu, maka, kedua-dua Fasal 15.3 dan Fasal 18.2 akan turut terpinda,” katanya ketika membentangkan pindaan itu.

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudiannya bangun menyokong usul dibawa Mohamed Khaled itu.

Sebelum draf pindaan perlembagaan itu dibacakan Mohamed Khaled, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapannya, antara lain menyentuh usaha pindaan itu dibuat sesuai dengan kehendak politik semasa, selain untuk menjadikan UMNO kekal relevan dalam politik sepanjang zaman.

Turut hadir dalam PAU Khas itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan serta seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ahli MKT serta kepemimpinan sayap UMNO.

Ketika memulakan PAU Khas, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan ia dipanggil seiring ketetapan di bawah Fasal 8.5 dan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan sudah dipersetujui dalam mesyuarat MKT, 14 April lalu.

Sejak 1990 sehingga kini, UMNO sudah melakukan sebanyak tiga kali pindaan perlembagaannya, berkait dengan soal pemilihan parti.

Pada 1987, Presiden UMNO ketika itu mencadangkan, supaya parti memperkenalkan sistem 10 undi bonus, bagi setiap pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden.

Kemudian, pada 1998, perlembagaan UMNO dipinda lagi, dengan memperkenalkan sistem kuota pencalonan bagi jawatan-jawatan tertinggi parti.

Kali terakhir dipinda pada 2009, dengan membuka ruang pemilihan lebih luas, apabila kuasa memilih tidak lagi terletak di tangan 2,510 perwakilan sewaktu PAU, namun diperluas ke peringkat perwakilan bahagian, membabitkan seramai 146,500 orang.

Cadangan pindaan perlembagaan UMNO bagi melanjutkan tempoh pemilihan parti itu, sebelum ini dibawa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2021, Mac lalu.

Kemudian, MKT menerima usul pindaan itu pada mesyuarat 18 Mac lalu untuk dibawa ke PAU 2021, seterusnya diluluskan perwakilan pada 19 Mac lalu.

BHonline-

Tags: Pemilihan Partipindaan perlembagaanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd