• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senarai Harga Ubat Di Laman Web Farmasi Bantu Rujukan Rakyat

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah menyediakan senarai harga runcit yang disarankan bagi ubat-ubatan tertentu sebagai panduan dan rujukan rakyat semasa membeli keperluan daripada farmasi swasta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata senarai harga itu dimuat naik di laman web Jabatan Farmasi sebagai usaha berterusan kementerian memantau harga ubat-ubatan yang dijual di negara ini.

“Ubatan-ubatan di Malaysia bukanlah barang harga kawalan, tetapi langkah ini diambil untuk pantau harga ubat-ubatan selain rujukan kepada pengguna,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) di Dewan Rakyat, di sini Selasa.

Abdul Ghapur bertanya mengenai kaedah yang diguna pakai oleh kementerian dalam mengawal harga ubat-ubatan khususnya bagi penyakit kronik yang perlu diambil untuk jangka masa yang panjang.

Dr Subramaniam berkata senarai itu diperoleh hasil kerjasama kementerian dengan pihak industri dan pengedar untuk mendapatkan senarai harga ubat yang disyorkan.

Menjawab soalan tambahan Abdul Ghapur mengenai jaminan kerajaan dalam menyediakan keperluan ubat-ubatan bagi pesakit kronik daripada golongan kurang mampu, Dr Subramaniam memberi jaminan hak mereka sentiasa dijaga.

Katanya kerajaan sentiasa membekalkan ubat-ubatan secara berterusan dan percuma kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanapun, katanya dalam keadaan tertentu pesakit berkemungkinan perlu mendapatkan bekalan ubat-ubatan daripada farmasi luar berdasar preskripsi yang diberi sekiranya doktor berasa ubat-ubatan berkenaan memberi lebih kebaikan kepada pesakit berbanding ubat yang dibekalkan pihak hospital.

Menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) mengenai langkah kerajaan memastikan harga terkawal sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Dr Subramaniam mengambil pendekatan untuk menggalakkan perkembangan industri ubatan generik bagi mewujudkan persaingan harga ubat-ubatan di negara ini. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniamubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd