• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama Terima Tablet PerantiSiswa Minggu Kedua Jun – Annuar

oleh Mohd Arshad
10/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Annuar berkata, bagaimanapun tempoh berkenaan bergantung kepada proses ‘delivery’ pembida-pembida yang dipilih.

‘Roll out’ pertama ini kita rancang selepas 30 hari dari tarikh permohonan, dan proses roll out kedua pula pada Ogos iaitu 60 hari selepas proses permohonan bagi mereka yang membuat permohonan lewat dan bagi kes-kes rayuan,” katanya dalam program Inklusif di saluran TV1 terbitan RTM malam ini.

Permohonan bagi program PerantiSiswa dibuka mulai 15 April lalu dengan peruntukan RM450 juta membabitkan tempahan 350,000 unit peranti.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah memuktamadkan bahawa peranti itu berbentuk tablet yang hadir lengkap dengan aksesori termasuk papan kekunci.

“Berdasarkan nasihat daripada jawatankuasa termasuk EPU (Unit Perancang Ekonomi), kita juga lakukan ‘trial’ kepada sekumpulan pelajar dan mendapat maklum balas daripada mereka, kita ambil keputusan dengan RM450 juta bajet yang ada, adalah lebih baik kita berikan tablet yang berkualiti tinggi berbanding laptop yang berkualiti rendah mengambil kira elemen kos,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, jenama dan pembekal bagi peranti program berkenaan akan diumumkan minggu depan sambil mengulangi jaminan ia adalah jenama terkenal dalam pasaran dan bukan berkualiti rendah.

Kira-kira 350,000 pelajar golongan B40 di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) layak memohon inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Peranti itu bakal dimanfaatkan mereka yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma, diploma lanjutan serta ijazah sarjana muda.

-Berita Harian

Tags: Kumpulan PertamaTablet PerantiSiswa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd