• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Maklumkan Laporan Siasatan Petugas Bebas Kepada Umum’

oleh Mohd Arshad
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memastikan hasil laporan pasukan petugas bebas menyiasat kes kematian pegawai pelatih perubatan dan dakwaan budaya buli dibentangkan kepada umum.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ini berikutan kes terbabit membabitkan kepentingan awam dan memerlukan satu siasatan yang telus dan berwibawa.

“Kita harap hasil siasatan nanti dapat dibentangkan kepada umum, kita tidak mahu hasil laporan nanti senyap sepi, sebab sebelum ini pun banyak pasukan petugas khas ditubuhkan untuk siasat isu ini dan itu.. tapi selepas seketika orang ramai tidak tahu pun apa hasil siasatan.

“Harap Menteri Kesihatan boleh umumkan nanti apabila siasatan lengkap supaya orang ramai boleh tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penubuhan pasukan petugas khas itu susulan kejadian seorang pelatih perubatan di Hospital Pulau Pinang awal bulan lalu dipercayai terjatuh dari bangunan dan meninggal dunia pada 17 April lalu.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma’arof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri di negeri itu pada 4 April lalu.

Laporan muka depan BH baru-baru ini turut memaparkan ‘penderaan mental’ terpaksa ditempuhi ramai doktor pelatih di sesetengah hospital awam di negara ini.

Selain itu Lam Thye berkata, bagi menyiasat secara mendalam dan teliti, pasukan petugas bebas itu juga mesti dianggotai bukan sahaja pihak KKM sebaliknya mereka yang berkelayakan termasuk pakar perubatan, pihak persatuan perubatan dan juga pakar psikologi.

“Pasukan ini juga perlu diberi tempoh tertentu bagi menyelesaikan siasatan tanpa tekanan dari mana-mana pihak,” katanya.

Menyentuh isu buli kalangan petugas perubatan, Lam Thye berkata, perkara berkenaan bukan isu baharu dan sebelum ini pernah dilaporkan berlaku cuma kurang diberi pendedahan.

“Sebelum kejadian terbaharu ini saya rasa beberapa tahun sebelum ini pernah ada dilaporkan gangguan dan tekanan dihadapi pelatih perubatan. Saya berharap sekiranya siasatan pasukan ini mendapati ada niat ke arah untuk membuli, isu ini perlu ditangani dan diatasi,” katanya.

Selain itu beliau berkata, masa bekerja yang panjang sehingga lebih 16 jam perlu ditempuhi doktor pelatih juga perlu diberi perhatian serius pihak berkaitan.

“Saya gesa kaji semula waktu bekerja untuk semua petugas perubatan termasuk doktor dan doktor pelatih supaya beban tugas boleh dikurangkan.

“Ini juga membolehkan petugas mempunyai keseimbangan masa untuk menjalani kehidupan peribadi mereka bersama keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dapat beristirehat dan mengurangkan tekanan kerja,” katanya.

-Berita Harian

Tags: KKMLaporan Siasatanpetugas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd