• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salahuddin Gesa Peruntuk Subsidi Tunai Pada Petani

oleh Mohd Arshad
08/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kerajaan memperuntukkan subsidi tunai kepada golongan petani susulan krisis global yang tidak menentu ketika ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, kenaikan harga baja adalah fenomena global yang menyebabkan berlakunya inflasi pertanian sehingga memberikan kesan kepada kos operasi dan proses kitaran pengeluaran.

Katanya, kenaikan itu juga dipercayai turut dipengaruhi krisis Russia dan Ukraine berikutan Ukraine merupakan antara pengeluar terbesar bagi sumber pengeluaran yang berasaskan baja dan tanaman.

“Pemberian subsidi misalnya, adalah diperlukan bagi membantu mengurangkan bebanan akibat peningkatan pada kos operasi.

“Kerajaan boleh memulakan dengan memperuntukkan sejumlah subsidi tunai sebanyak RM100 kepada setiap petani, misalnya bagi setiap satu tan sayur-sayuran yang dihasilkan sebagai usaha membantu mengurangkan kesan kenaikan besar terhadap kos baja yang kini meningkat daripada RM120 kepada sekitar RM200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pemberian subsidi itu juga perlu diperuntukkan selepas mengambil kira krisis perubahan iklim serta ketidaktentuan cuaca, risiko cuaca yang buruk sehingga menjejaskan tanaman serta menghapuskan sumber pengeluaran.

Jelasnya, kelembapan hujan yang tinggi sekitar Disember tahun lalu yang direkodkan adalah menyamai keseluruhan hujan tahunan pada 2020 sehingga akhirnya menimbulkan ‘dilema’ bagi golongan petani untuk meneruskan kegiatan pertanian sekiranya cuaca tidak menentu.

“Krisis ketidakseimbangan ini seharusnya dijadikan sebagai satu peluang untuk melihat semula kelompongan dan jurang sedia ada bagi memperbaharui rantaian nilai agro bagi melindungi dan menjamin kedaulatan makanan negara.

“Justeru, kerajaan perlu menyatakan penyelesaian yang lebih baik bagi menangani tiga permasalahan utama iaitu kenaikan harga baja serta kos operasi, nasib golongan petani dan pengeluar tempatan dan ketidakstabilan jaminan bekalan makanan untuk masa hadapan,” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: gesaPetanisubsidiSubsidi Tunai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

Hanya 15 Peratus Rakyat Terkesan Kenaikan Harga Diesel, “Saya Buat Kajian Semalam” – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kenaikan harga diesel memberi kesan kepada sebahagian rakyat, namun mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd