• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80,436 Pelancong Kunjungi Langkawi Sempena Cuti Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
07/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI: Seramai 80,436 pelancong mengunjungi pulau peranginan ini sempena cuti Aidilfitri bermula 28 April sehingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, angka itu jauh berbeza dengan sasaran asal seramai 60,000 orang.

Menurutnya, jumlah pelancong yang tinggi dicatatkan dalam tempoh tersebut disebabkan peningkatan jumlah perjalanan feri pada setiap hari dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah berikutan berlaku laut pasang besar selama enam jam sehari berbanding empat jam ketika laut pasang biasa.

“Dalam tempoh tersebut, sebanyak lapan perjalanan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah berbanding enam perjalanan sahaja setiap laluan ketika laut pasang biasa,” katanya pada majlis perasmian Hotel Mercure Langkawi di Pantai Chenang di sini hari ini.

Majlis perasmian hotel itu disempurnakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Hotel tersebut yang mempunyai sebanyak 164 bilik merupakan hotel pertama di Langkawi di bawah jenama Accor yang merupakan salah satu pengendali hotel bertaraf dunia.

Nasaruddin menambah, sepanjang tempoh itu, lebih 54,000 pelancong yang masuk ke pulau ini melalui jalan laut menerusi perkhidmatan feri.

“Bagaimanapun perkhidmatan feri masih belum pulih sepenuhnya kerana kerja-kerja pengerukan di alur pelayaran dan lembangan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis masih dijalankan,” jelasnya.

Selain itu beliau memberitahu, seramai 26,355 orang pelancong di pulau ini dalam tempoh itu pula melalui jalan udara.

Pada masa ini jelasnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) menerima sehingga 35 penerbangan setiap hari.

UtusanOnline-

Tags: AidilfitriLangkawiPelancong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd