• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NATO: Sweden Dakwa Terima Jaminan AS

oleh Mohd Arshad
06/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

STOCKHOLM : Sweden mendakwa Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan untuk menyokong negara itu sepanjang tempoh proses menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Sweden, Ann Linde selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

“Saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut tetapi mahu menyatakan bahawa kami kini mempunyai jaminan AS.

“Bagaimanapun, ia bukan jaminan keselamatan konkrit kerana ia hanya boleh diperolehi sekiranya menjadi anggota penuh NATO,” katanya.

Linda enggan menyatakan bentuk jaminan yang diterima daripada Blinken.

“Ini memberi mesej jelas kepada Russia bahawa sekiranya mereka melancarkan sebarang aktiviti bahaya terhadap Sweden seperti diancam sebelum ini, maka sudah tentu AS tidak akan membiarkannya berlaku tanpa tindak balas,” katanya.

Sebelum ini, Finland dan Sweden bersetuju mengemukakan permohonan menjadi anggota NATO pada pertengahan Mei.

Kedua-dua negara mengambil pendirian berkecuali ketika Perang Dingin dan mencapai perjanjian perkongsian dengan NATO pada tahun 1995.

Sokongan menyertai NATO meningkat di kedua-dua negara selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Bulan lalu, Menteri Pertahanan Sweden memaklumkan langkah negara itu menyertai NATO boleh mencetuskan beberapa tindak balas dari Russia termasuk serangan siber di Stockholm.

Moscow memberi amaran akan menggunakan senjata nuklear dan peluru berpandu hipersonik di kawasan Eropah Kaliningrad sekiranya Sweden dan Finland menjadi anggota NATO.

-Utusan Online

Tags: ASjaminanNATOSweden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

Bilionair Sweden Hulur RM350 Juta, Bantu Kanak-Kanak Gaza Melalui UNICEF

26/03/2026
0

GEORGETOWN – Seorang bilionair Sweden dilaporkan menyumbang dana besar bagi membantu kanak-kanak terjejas di Gaza, sekali gus mencuri perhatian dunia...

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

Iran Dedah Pelan Hadapi AS

06/02/2026
0

TEHERAN – Iran dilaporkan telah mendedahkan gambaran strategik mengenai bagaimana negara itu merancang menghadapi kemungkinan konflik bersenjata dengan Amerika Syarikat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd