• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kematian Akibat Kemalangan Direkodkan Di Kelantan

oleh AK-47
04/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Kelantan mencatatkan 11 kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh lima hari Op Selamat dilancarkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, 11 kematian itu membabitkan 10 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negeri itu.

Katanya, hari pertama Op Selamat dilancarkan, lima kematian direkodkan iaitu masing-masing dua di Bachok dan Jeli serta satu di Kota Bharu.

“Hari ketiga Op Selamat merekodkan tiga kematian iaitu dua di Gua Musang dan satu di Bachok.

“Hari keempat pula merekodkan tiga kematian masing-masing satu di Pasir Mas, Tanah Merah dan Gua Musang.

“Kebanyakan kes kemalangan disebabkan pemandu hilang kawalan dan gagal memotong,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan memberi tumpuan di 16 lokasi yang kerap terbabit kemalangan pada Op Selamat sempena Aidilfitri bermula 30 April lalu.

Lokasi berkenaan turut membabitkan kawasan yang berlaku kemalangan maut terutamanya di laluan utama keluar masuk kenderaan ke negeri ini.

Antara laluan berkenaan adalah Kilometer (KM) 59-KM62 Jalan Gua Musang-Kuala Krai (Sungai Bayu); KM52-KM59 Jalan Gua Musang-Lojing; Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh (Kubang Kerian-Melor), Jalan Kota Bharu-Pengkalan Chepa (Jalan Tok Guru); Jalan Salor Baru-Pasir Mas; Jalan Binjai-Bachok; dan dua jalan di Machang, dua jalan di Pasir Mas serta satu jalan masing-masing di daerah Kuala Krai, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Bachok dan Pasir Puteh.

-Harian Metro

Tags: Kelantankemalanganmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd