• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerhana Matahari Separa ‘Live’ Dari Antartika Lusa

oleh Mohd Arshad
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Penduduk negara ini khususnya peminat astronomi berpeluang menyaksikan secara langsung kejadian gerhana matahari separa dari benua Antartika pada Ahad ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di sini, ia bakal disiarkan menerusi saluran Youtube dan Facebook rasmi Planetarium Negara bermula pukul 2.30 pagi.

“Siaran langsung ini akan beri peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan fenomena itu kerana kali ini ia tidak dapat disaksikan terus dari mana-mana lokasi di Malaysia,” katanya.

Kementerian itu menambah, ia merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun ini dan turut berlaku di sekitar wilayah rantau Amerika Selatan yang berhampiran Antartika.

Fenomena ini akan bermula dengan fasa separa pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia sebelum mencapai litupan maksimum menjelang 4.41 pagi dan ia dijangka berakhir 6.37 pagi.

Ketika kemuncak kejadian berkenaan, litupan matahari secara maksimum akan mencecah sehingga 64 peratus namun bergantung kepada lokasi pencerapan di sekitar Kutub Selatan.

Mengulas lebih lanjut, kementerian itu memaklumkan bahawa lokasi paling awal yang dapat menyaksikan fenomena gerhana separa tersebut ialah di sekitar tenggara Lautan Pasifik.

“Ini diikuti dengan sebahagian besar benua Antartika sebelum pergerakannya menuju ke arah benua Amerika Selatan dan berakhir di sebahagian Lautan Atlantik,” tambahnya.

Kejadian alamiah itu berlaku kira-kira 4.7 hari lagi sebelum bulan berada pada kedudukan apogee iaitu titik orbit bulan yang paling jauh dari bumi dengan jaraknya 405,286 kilometer.

Magnitud gerhana matahari separa itu ujarnya, adalah 0.6396 dengan kadar maksimum dijangka dapat disaksikan di Drake Passage, kawasan antara Antartika dan Amerika Selatan.

Secara kelazimannya, fenomena gerhana matahari merujuk kepada kedudukan bulan antara bumi dan matahari yang akan menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya.

Ini akan diikuti pula kejadian gerhana bulan penuh pada 16 Mei depan tetapi tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana lintasan bayangnya cuma meliputi Amerika, Eropah dan Afrika.

Gerhana matahari separa dijangka berlaku sekali lagi pada 25 Oktober depan namun hanya akan dapat dilihat penduduk di benua Eropah, Afrika, rantau Timur Tengah dan Asia Barat.

Sepanjang tahun ini, penduduk Malaysia cuma berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang diunjurkan pada 8 November depan dengan kemuncaknya pukul 7 petang.

Ketika insiden sejadi tersebut yang juga dapat dilihat di Australia, rantau Asia Pasifik dan sebahagian Amerika, kedudukan planet Uranus dijangka berada amat hampir dengan bumi.

UtusanOnline-

Tags: AntartikaGerhana Matahari Separa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gerhana Matahari Separa Dicerap Di Putrajaya

Gerhana Matahari Separa Dicerap Di Putrajaya

20/04/2023
0

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari...

Fenomena Gerhana Matahari Separa Berlaku Petang Ini

Fenomena Gerhana Matahari Separa Berlaku Petang Ini

25/10/2022
0

PETALING JAYA – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) semalam memaklumkan bahawa akan berlaku satu fenomena yang dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd