• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Api Di Kokpit Punca Nahas EgyptAir

oleh AK-47
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Rom : Pesawat EgyptAir yang terhempas dan meragut nyawa 66 penumpang di Laut Mediterranean disebabkan kebakaran di kokpit, menurut rumusan pakar penerbangan Perancis dalam dokumen yang didedahkan pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut dokumen setebal 134 muka surat itu ditunjuk kepada agensi media Itali, il corriere della sera, sudah dihantar ke Mahkamah Rayuan Paris, pada Mac lalu.

Menurut dokumen itu, kebakaran pesawat berkemungkinan berpunca daripada gabungan dua faktor.

Terdapat kebocoran pada topeng oksigen pembantu juruterbang dan pembakaran rokok yang dihisap oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

EgyptAir dengan kod penerbangan MS804 dilaporkan hilang dari radar pada 19 Mei 2016 ketika dalam penerbangan dari Kaherah menuju Paris menyebabkan semua terbunuh.

Menteri Penerbangan Mesir pada mulanya mendakwa nahas disebabkan serangan pengganas dan bukan masalah penyelenggaraan, yang berkemungkinan menjadi punca pesawat terhempas.

Bagaimanapun, Agensi keselamatan penerbangan Perancis berkata, pesawat itu menghantar mesej automatik yang menunjukkan asap di dalam kabin dan kerosakan pada unit kawalan penerbangan beberapa minit sebelum terputus hubungan.

Rakaman menerusi kotak hitam juga menyokong hipotesis pakar Perancis, menurut akhbar Itali.

Pakar khususnya mengesan dua bunyi gesekan dari mikrofon yang dimasukkan ke dalam topeng pembantu juruterbang beberapa minit sebelum nahas.

Ia mungkin menunjukkan aliran udara yang kuat dengan topeng pula diletakkan pada mod kecemasan.

Kebakaran itu bermula dengan percikan api atau nyalaan yang mungkin disebabkan rokok.

Pada Jun 2018, Hakim Penyiasatan di Paris diminta dua pakar untuk memberi maklumat lanjut mengenai penggantian kotak yang mengandungi topeng oksigen juruterbang, tiga hari sebelum nahas tanpa diketahui puncanya.

“Penggantian peralatan ini memerlukan pengesahan yang sangat teliti kerana kebocoran oksigen amat berbahaya”, kata laporan itu.

Dalam laporan yang diterbitkan pada Julai 2018, Biro Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) mendakwa bahawa ‘hipotesis pilihan’ iaitu kebakaran berlaku di kokpit dan merebak dengan cepat sehingga pesawat hilang kawalan.

Dokumen yang didedahkan oleh Il Corriere della Sera juga memaklumkan dua juruterbang itu berkata, mereka penat dengan penerbangan malam ini dan kurang tidur.

Nahas itu turut meragut nyawa 40 rakyat Mesir dan 15 warga Perancis.

-Harian Metro

Tags: EgyptAirkapal terbangNahas EgyptAirNahas Kapal Terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juruterbang Merokok Punca Nahas EgyptAir

28/04/2022
0

KAHERAH, MESIR – Nahas pesawat EgyptAir yang terhempas ketika dalam perjalanan ke Kaherah pada 2016 dan menyebabkan 66 orang terbunuh...

Pesawat Sriwijaya Air Dipercayai Terhempas

11/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat Sriwijaya Air hilang dari radar 5 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak, petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd