• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Kontraktor Didakwa 33 Tuduhan Palsukan Dokumen

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Seorang bekas kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini atas 33 pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender bagi empat syarikat miliknya, lima tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tertuduh, Azlinda Abd Aziz, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Ariffin Ismail, secara berasingan.

Mengikut pendakwaan, 30 pertuduhan membabitkan pemalsuan dokumen Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera atas nama tiga syarikat dengan niat supaya dokumen palsu terbabit digunakan bagi tujuan menipu.

Baki tiga pertuduhan lagi, tertuduh didakwa memalsukan dokumen Sijil Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan CIDB dan Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya, sedangkan ketiga-tiga sijil ini tidak wujud dan tidak diiktiraf CIDB dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara November 2017 hingga Oktober 2019 di Unit Perolehan Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dayang Masneh Deh, manakala tertuduh diwakili peguam Matthews Jud dan Omar Kutty Maiadr.

Hakim kemudian menetapkan nilai jaminan RM23,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada pihak mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Mahkamah turut menetapkan 30 Mei depan sebagai tarikh penghantaran dokumen.

-Berita Harian

Tags: DidakwaPalsukan Dokumentuduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

25/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd