• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Inkuiri Berkaitan ‘PASLeak’

oleh AK-47
27/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti laporan diterima daripada pengadu berkaitan dokumen ‘PASleak’ yang memperincikan dakwaan perancangan politik membabitkan dua pemimpin Pas.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat sumber aduan daripada pengadu.

“Kita akan siasat aduan pengadu untuk mengenal pasti jika ada kesalahan jenayah atau kesalahan lain.

“Ini kerana pihak polis perlu mengklasifikasikan kes berkenaan jika ada kesalahan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Azmi berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berkenaan termasuk pengadu.

“Sudah tentu ada individu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuk pengadu terbabit.

“Selepas itu, terpulang kepada hasil siasatan untuk memanggil individu lain,” katanya.

Pada Khamis lalu, peguam mewakili Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat laporan polis berkaitan risikan pemimpin Pas seperti yang tular di media sosial.

Pada Jumaat lalu, Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad menyifatkan penyebaran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Pas adalah cubaan meretakkan hubungan antara parti Melayu.

Sebelum ini, empat tangkap layar mengenai percaturan politik Pas yang menyentuh mengenai campur tangan dalam urusan mahkamah menjadi tular di media sosial.

Dokumen itu diklasifikasikan sebagai sulit itu dipercayai adalah minit mesyuarat Pas yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

-Harian Metro

Tags: Kertas SiasatanPASleakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd