• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Siasatan SPRM Serangan Terhadap Badan Kehakiman’

oleh Mohd Arshad
25/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali disifatkan bukan sahaja melanggar prinsip pengasingan kuasa malah serangan sebuah agensi eksekutif ke atas badan kehakiman.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ahli Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) SPRM, Hassan Abdul Karim dalam kenyataan hari ini menegaskan beliau kesal dengan campur tangan SPRM yang dianggap mengganggu kebebasan badan kehakiman.

“Hakim-hakim mahkamah di Malaysia mesti dilindungi dari tindakan sewenang-wenang pihak eksekutif bagi membolehkan mereka menjalankan fungsi kehakiman tanpa rasa takut dan pilih kasih.

“Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang terhadap Mohd Nazlan bukan sahaja satu pelanggaran prinsip pemisahan kuasa antara badan eksekutif dan juga badan kehakiman, tetapi ia juga satu serangan sebuah agensi eksekutif ke atas badan kehakiman.

“Tidak dinafikan di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, hakim yang sedang berkhidmat boleh dilucutkan jawatannya jika berlaku salah laku, termasuk jenayah rasuah.

“Tetapi ada kaedah khusus di mana tindakan sedemikian boleh dilakukan iaitu melalui sebuah Tribunal Bebas yang dibentuk kerajaan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kes Tribunal Bebas berkaitan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas adalah satu contoh,” katanya.

SPRM sebelum ini dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan manakala Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata siasatan itu adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Khamis lalu, Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai isu berkenaan.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

Pendaftar Mahkamah Persekutuan juga menyifatkan tulisan itu berniat jahat bertujuan menjatuhkan kredibiliti Mohd Nazlan sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan serta mengganggu sistem keadilan serta institusi kehakiman.

Selain itu Hassan yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, SPRM perlu sedar bahawa Mohd Nazlan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan atas lantikan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, justeru tidak boleh sesuka hati melakukan tindakan hanya berdasarkan satu laporan polis.

“Peruntukan Perlembagaan Persekutuan jelas meletakkan kaedah bagaimana seorang hakim boleh dibicarakan dan dilucutkan jawatannya.

“Sekiranya tindakan SPRM sekarang menyiasat hakim dengan sesuka hati berterusan maka akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan hakim-hakim untuk melaksanakan peranan dan tugas mereka di mahkamah,” katanya.

Tambah beliau, kini wujud persepsi bahawa tindakan ke atas Mohd Nazlan berkait dengan keputusan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda lebih RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.

“SPRM sewajarnya tidak terbabit dengan usaha balas dendam pihak tertentu terhadap Mohd Nazlan.

“SPRM perlu sedar terdapat usaha pihak tertentu yang tindak-tanduk boleh dianggap sebagai serangan terhadap kebebasan kehakiman apabila terdapat cubaan untuk mencemarkan integriti hakim yang membicarakan kes Najib dengan tujuan keputusan kes itu dibatalkan dan satu perbicaraan semula diadakan.

“Perlu diingatkan bahawa keputusan Mohd Nazlan dalam kes SRC International yang mensabitkan kesalahan Najib telah disahkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan,” katanya.

Beliau turut menegaskan SPRM perlu sedar bahawa tugas JKMR adalah untuk memantau dan menasihati badan itu supaya menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah, mengikut peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

-Berita Harian

Tags: Badan KehakimansiasatanSiasatan SPRMSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd