• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Ujian COVID-19 Masuk Singapura Mulai Selasa

oleh Mohd Arshad
23/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Pengembara yang divaksinasi sepenuhnya tidak lagi perlu mengambil sebarang ujian COVID-19 untuk memasuki republik ini mulai Selasa ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Peraturan itu sudah dilaksanakan bagi mereka yang memasuki Singapura melalui tambak serta Linkedua, dan kini turut dilaksana bagi mereka yang masuk menerusi udara atau laut.

Buat masa ini, sebelum perjalanan memasuki Singapura, pengembara udara dan laut perlu mengambil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) COVID-19 yang ditadbir secara profesional atau ujian pantas antigen (ART) yang dikendali secara profesional atau diselia secara maya oleh pihak diiktiraf.

Sementara itu, pengembara ulang-alik Singapura dan Malaysia boleh menaiki bas awam atau teksi rentas sempadan mulai 1 Mei, selepas perkhidmatan itu dihentikan sejak Mac 2020.

Semalam, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata bas SMRT akan memulakan kembali perkhidmatan 950 rentas sempadannya, dan pengendali bas Singapura Transtar Travel akan menyambung perkhidmatan TS1, TS3, TS6 dan TS8nya.

LTA berkata ia bekerjasama rapat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia bagi mengembalikan perkhidmatan teksi rentas sempadan.

Selain itu, langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) tidak lagi diperlukan dalam kebanyakan keadaan mulai Selasa ini.

Namun, ada pengecualian bagi keadaan lebih berisiko tinggi seperti acara lebih besar, premis makanan dan minuman (F&B) serta pusat hiburan malam yang membenarkan orang ramai menari.

Pelonggaran itu diumum semalam pada sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian tatkala kadar vaksinasi Singapura berada pada tahap antara tertinggi di dunia dan kes COVID-19 di negara ini kian berkurangan.

Lebih 96 peratus penduduk Singapura yang boleh menjalani vaksinasi sudah lengkap divaksin.

Hospital dan pekerja jagaan kesihatan juga sedang membuat penyesuaian bagi menangani beban kerja klinikal lebih tinggi daripada pesakit coronavirus.

Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, berkata pertimbangan utama bagi mengenalkan VDS dulu ialah mereka yang belum lengkap divaksin menyumbang kepada bilangan tidak seimbang pesakit yang terjejas teruk atau berada di hujung nyawa.

“Justeru, apabila hospital kita masih di bawah banyak tekanan, VDS penting bagi memastikan kita tidak menambah terlalu banyak beban pada sistem jagaan kesihatan kita.

“Bagaimanapun, apabila beban kerja hospital kini mula agak berkurangan, terdapat kurang keperluan untuk VDS dikekalkan dalam keadaannya kini,” katanya.

Bagaimanapun, VDS akan terus digunakan di lokasi berisiko lebih tinggi seperti pusat hiburan malam yang membenarkan pengunjung menari, di mana mereka berinteraksi lebih rapat dan berada dalam jarak lebih dekat buat tempoh masa lebih lama.

Ia juga diwajibkan bagi acara lebih besar dengan sekurang-kurangnya 500 pengunjung pada sesuatu masa seperti makan malam berskala besar, majlis kahwin dan persidangan yang berpotensi menyebabkan virus merebak cepat.

BHonline-

Tags: Covid-19PCRSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd