• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Sarang Dadah Di Jeti, Pesisiran Pantai

oleh AK-47
23/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Port Dickson : Polis merampas pelbagai jenis dadah dan menahan 41 individu ketika operasi mensasarkan kawasan jeti serta pesisiran pantai yang menjadi sarang dadah di daerah ini, 18 hingga 20 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tujuan utama operasi khas ini adalah mensasarkan kawasan jeti haram dan port aktif yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Operasi itu mensasarkan pemeriksaan di kawasan jeti-jeti nelayan pesisiran pantai di samping kawasan sekitar yang menjadi tumpuan pengedar dan penagih dadah,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu, 51 serbuan dan 88 pemeriksaan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan.

“Polis berjaya merampas dadah jenis Shabu anggaran berat 16.32 gram, Heroin anggaran berat 0.75 gram dan air ketum anggaran 4.5 liter,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Polis turut menahan 41 orang berusia 20 tahun hingga 61 tahun termasuk dua wanita.

“Kesemua mereka ini dipercayai terbabit dengan pengedaran, memiliki dan penyalahgunaan dadah dan racun dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952 membabitkan Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15 (1)(A) ADB 1952 dan Seksyen 303, Akta Racun 1952,” katanya.

-Harian Metro

Tags: jetiPesisir PantaiSarang Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

Dua Jeti Pendaratan Ikan Terbakar Di Sekinchan

25/03/2025
0

Sekinchan: Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, di sini, hari ini. Turut terbakar...

Disaran Naik Taraf Pengkalan Raja Tun Uda

13/11/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini disaran menaik taraf Jeti Pengkalan Raja Tun Uda selaras dengan pembangunan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd