• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Tarik Kebanyakan Sekatan COVID-19

oleh AK-47
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Republik ini mulia minggu depan dijangka menarik balik kebanyakan sekatan ketat yang dikuatkuasa, kata pihak berkuasa kerajaan hari ini, sekali gus menandakan ‘langkah penting’ ke arah kehidupan biasa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Awal bulan ini, Singapura membuka semula sempadannya kepada semua pelawat yang lengkap divaksin, pendekatan sama diambil beberapa negara lain yang melonggarkan sekatan perjalanan apabila mereka beralih kepada fasa endemik COVID-19.

Pihak berkuasa hari ini mengumumkan lebih banyak sekatan akan ditarik balik, antaranya membatalkan semua keperluan ujian terhadap pengembara yang sudah divaksinasi mulai 26 April atau Selasa ini.

Jumlah jangkitan harian dan kadar kemasukan ke hospital menurun secara berterusan sejak beberapa minggu lalu dengan purata kira-kira 3,100 kes setiap hari, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media.

“Walaupun ini adalah langkah penting dalam kita kembali kepada kehidupan normal, pandemik ini belum berakhir,” kata kementerian itu.

Mulai Selasa ini juga, had perjumpaan kumpulan dan syarat jarak selamat akan ditarik balik dan semua pekerja akan dibenarkan kembali ke pejabat.

Orang ramai tidak lagi perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi pengesanan kontak apabila memasuki kebanyakan tempat, tetapi pelitup muka masih diperlukan ketika berada di tempat sesak dalam bangunan dan pengangkutan awam.

“Dengan semua perubahan ini, kita lebih bebas bernafas selepas dua tahun melalui cabaran sangat sukar memerangi virus ini.

“Namun, hendaklah sentiasa ingat kita semakin hampir ke garisan penamat tetapi perlumbaan belum tamat dan wabak itu pastinya belum berakhir,” kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Kerajaan Memerangi COVID-19, Lawrence Wong.

Selain itu, beliau memberi amaran sekatan COVID-19 boleh diperkenalkan semula jika varian baharu menimbulkan ancaman.

Pada permulaan pandemik, negara dengan 5.5 juta penduduk itu mencatatkan bilangan kes COVID-19 rendah melalui penutupan dan penguatkuasaan sekatan yang ketat.

Singapura menghadapi penularan jangkitan yang meluas sejak tahun lalu dan dengan pencapaian kadar vaksinasi tertinggi di dunia, pihak berkuasa beralih kepada pendekatan hidup dengan virus itu.

BHonline-

Tags: Covid-19fasa endemiksekatanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd