• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Tiba Di Melaka

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira 11.25 pagi ini disambut kenamaan utama negeri yang diketuai Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Munira M.Yusop turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Pada tengah hari ini, Al-Sultan Abdullah dijadual berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat.

Seri Paduka berdua kemudiannya dijadualkan berkenan mencemar duli mengunjungi bazar Ramadan Peringgit di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Al-Azim di sini.

Pada keesokan hari, baginda berdua dijadualkan berkenan hadir ke majlis menghadap ahli-ahli majlis agama Islam Melaka.

-Harian Metro

Tags: AgongMelakaraja permaisuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd