• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Orang Ditahan Disyaki Terlibat IS

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kira-kira 100 rakyat Malaysia disahkan telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan kumpulan militan IS (Islamic States) sehingga kini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka itu tidak termasuk 61 rakyat Malaysia yang dikesan berada di Syria dan Iraq serta 10 orang yang telah terbunuh.

“Secara rasmi lebih kurang 100 orang telah ditahan di penjara dan beberapa pusat tahanan di seluruh negara selain terdapat beberapa lagi individu yang kita masih pantau dan tak dapat diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Eksesais Multinations Counter-Terrorrism’ (MNCTX) di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang memantau dan melakukan tindakan susulan terhadap semua maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan hasil daripada risikan
yang telah dijalankan berhubung kawasan-kawasan panas yang menjalankan aktiviti keganasan IS.

Mengenai MNCTX Ahmad Zahid berkata eksesais yang julung kali diadakan ini disertai oleh pasukan keselamatan dari 10 negara Asean termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Inilah kali pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan latihan bersama dan disertai oleh negara anggota Asean dan UAE dalam anti-keganasan,” katanya.

Katanya eksesais selama tujuh hari ini diadakan berikutan ancaman militan IS yang benar-benar mengganggu gugat bukan sahaja di dalam negara malah di rantau Asean.

“Eksesais ini akan diteruskan di masa akan datang jika terdapat keperluan untuk kesiapsiagaan pasukan keselamatan kita menghadapi ancaman keselamatan terutama IS,” katanya.

“Selain dari eksesais ini, kita juga melakukan langkah pencegahan terhadap ancaman keselamatan melalui pemantauan media sosial dari segi merekrut dan penyaluran dana,” katanya.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri serta pegawai tertinggi kedua-dua pasukan keselamatan.

Latihan itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2015). – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd