• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murad Ibrahim & Iqbal Bukan Rakyat Malaysia – Zahid

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kerajaan hari ini menempelak kenyataan anggota parlimen Davao, Filipina yang mendakwa Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ibrahim dan ketua perundingnya, Mohagher Iqbal adalah rakyat Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mengesahkan bahawa kedua-dua pemimpin MILF itu bukan rakyat Malaysia seperti yang diperkatakan.

“Saya telah lakukan penyemakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran (Negara) termasuk menyemak maklumat peribadi, tarikh lahir dan beberapa butiran lain dan didapati Haji Murad Ibrahim dan (Mohagher) Iqbal bukan rakyat Malaysia.

“Saya harap ahli parlimen itu faham dan ini ialah pendirian rasmi kerajaan Malaysia berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Eksesais Multinations Counter-Terrorrism’ di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi di sini.

Beliau berkata terdapat usaha untuk menggagalkan perjanjian perdamaian yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mengatakan bahawa kedua-dua tokoh MILF ini merupakan rakyat Malaysia.

“Saya tidak mahu terlibat dengan politik dalaman Filipina, tetapi setelah melihat secara terperinci, saya tidak mahu usaha Perdana Menteri kita ‘dirungkai’ dengan tuduhan melulu,” katanya.

Laporan akhbar semalam berkata Jawatankuasa Dewan Perwakilan Filipina yang ditugaskan untuk mengkaji usul Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL), digesa untuk menyiasat kerakyatan Murad dan Mohagher.

Gesaan itu dibangkitkan oleh anggota Parlimen Davao, Karlo Alexei Nograles selepas bekas setiausaha menteri dalam negeri Filipina, Rafael Alunan III mendakwa Murad dan Mohagher merupakan rakyat Malaysia, sekali gus boleh mengganggu proses kelulusan BBL. – BERNAMA

Tags: FilipinaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd