• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afrika Selatan Isytihar Bencana Negara

oleh Mohd Arshad
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DURBAN – Presiden Cyril Ramaphosa mengumumkan situasi bencana negara kelmarin selepas banjir dahsyat melanda pantai timur Afrika Selatan dan memberi amaran bahawa perkhidmatan asas akan mengambil masa untuk pulih.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

“Ini adalah bencana kemanusiaan yang memerlukan bantuan segera dan secara besar-besaran.

“Kehidupan, kesihatan dan kesejahteraan beribu-ribu orang berisiko terjejas. Pelabuhan Durban yang merupakan terminal perkapalan paling sibuk di Benua Afrika dan menjadi nadi ekonomi negara ini telah terjejas dengan teruk,” kata Ramaphosa dalam ucapan yang disiarkan stesen televisyen Afrika Selatan.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 443 orang terkorban, manakala 48 yang lain masih hilang di sekitar bandar Durban.

“Sesetengah kawasan yang terjejas teruk masih belum dapat dimasuki termasuk 16 buah sekolah terputus hubungan sama sekali,” tambahnya.

Menurut pemimpin tersebut, kira-kira 40,000 orang hilang tempat tinggal dan lebih 600 buah sekolah serta lebih 66 fasiliti kesihatan rosak dalam bencana itu.

Terdahulu kelmarin, tentera Afrika Selatan menyatakan, seramai 10,000 askar telah dikerah untuk memulihkan bekalan kuasa dan air serta mencari mangsa yang hilang. Bagaimanapun, harapan untuk menemui mereka semakin pudar.

Dalam perkembangan berkaitan, jalan rosak dan tanah perkhuburan dinaiki air menyebabkan usaha pengebumian menjadi sukar.

“Terdapat begitu ramai mangsa yang mati dan rumah pengebumian tidak dapat menampung mereka kerana tanah perkuburan ditenggelami air,” kata pengurus besar sebuah syarikat pengebumian tempatan, Pieter van der Westhuizen,

Perkembangan itu berlaku ketika banyak kanak-kanak dijadualkan kembali ke sekolah selepas cuti Hari Easter semalam, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa seramai 271,000 pelajar tidak dapat hadir kerana sekolah mereka rosak.

Kerajaan Afrika Selatan turut mengumumkan bantuan kecemasan berjumlah satu bilion rand (RM289.21 juta) bagi membantu menangani bencana itu.

-Kosmo Online

Tags: Afrika SelatanbencanaBencana NegaraIsytihar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

Afrika Selatan Isytihar Wakil Israel Persona Non Grata, Arah Tinggalkan Negara Dalam 72 Jam

31/01/2026
0

30 Januari 2026/MYNEWSHUB  PRETORIA – Kerajaan Afrika Selatan mengisytiharkan Wakil Tetap Sementara (Chargé d’Affaires) Israel sebagai persona non grata (orang...

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

Mexico–Afrika Selatan Buka Tirai Piala Dunia 2026

06/12/2025
0

MEXICO akan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 di Mexico City pada 11 Jun, 16 tahun selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd