• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Belum Terima Permohonan Penganjuran Debat Najib, Anwar

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis belum menerima permohonan penganjuran Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 12 Mei ini daripada penganjur.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur debat tersebut.

“Setakat ini tiada permohonan,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Debat yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) itu dijangka diadakan selama dua jam mulai jam 9 malam dan boleh disaksikan secara fizikal atau melalui saluran media.

Pada Ahad, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media bersama berkata, format debat itu merangkumi tiga bahagian.

Pertama, berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB), sama ada ia perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Kedua, berhubung masa depan Malaysia merangkumi aspek politik, urus tadbir dan hala tuju negara serta ketiga adalah sesi soal jawab.

-Sinar Harian

Tags: anwardebatDebat Najib-AnwarnajibPermohonan Penganjuranpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

Hebat Najib Boleh Tentukan Bila Anthony Loke Letak Jawatan – Pemuda PAS

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden menyindir keputusan Anthony Loke Siew Fook yang...

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan jadual padat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada awal Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd