• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Hari Raya MAIPk RM9.18 Juta

oleh Mohd Arshad
19/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri di Masjid Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Yusop Husin.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada dana zakat MAIPk berjumlah lebih RM8.33 juta.

Bantuan diserahkan kepada penghulu dari 12 daerah yang mewakili 33,342 penerima terdiri asnaf fakir dan miskin seluruh negeri.

Daerah Kinta menerima agihan tertinggi iaitu RM2.3 juta diikuti Larut Matang Selama (RM1.1 juta), Perak Tengah (RM801,750), Kerian (RM714,750), Hulu Perak (RM655,750), Kuala Kangsar (RM651,500).

Daerah Manjung dengan jumlah agihan sebanyak RM543,000, Hilir Perak (RM362,750), Bagan Datuk (RM325,000), Kampar (RM300,750), Muallim (RM296,000) dan Batang Padang (RM285,750).

Secara keseluruhan, bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIPk tahun 2022 berjumlah RM9.18 juta melibatkan keseluruhan 36,754 penerima termasuk asnaf mualaf seramai 3,412

orang dengan jumlah bantuan RM853,000.

Dalam majlis itu, baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan dua anggota MAIPk yang baharu iaitu Toh Maharaja Indera Dr. Khairil Anuar Arshad dan Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein.

-Utusan Online

Tags: Bantuan Hari RayaMAIPK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

Sultan Nazrin Tegur Mahkamah Jadi ‘Gelanggang Tegak Benang Basah’

19/03/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegur perlakuan sesetengah pihak yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd