• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kata Putus Harga Tiket Penerbangan Dicapai

oleh Mohd Arshad
18/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan – Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo – telah mencapai kata putus berhubung harga tiket penerbangan ketika musim perayaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis (14 April) dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Mereka telah ada kata putus dan saya berasa lega, kerana ia telah mencapai satu penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu, bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di sini hari ini.

Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak menjadi tajuk perbualan hangat, apabila harga yang dipaparkan pada laman web syarikat penerbangan dikatakan meningkat sehingga RM2,000 bagi penerbangan dua hala ke Sabah atau Sarawak, iaitu peningkatan kira-kira 566 peratus berbanding kebiasaan sekitar RM300 bagi perjalanan sama.

Satu tangkap layar juga tular menunjukkan harga tiket penerbangan ke Tawau, Sabah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2 Mei depan adalah pada RM3,208.96 bagi kelas ekonomi dan RM3,617.09 bagi kelas perniagaan.

Ketua Setiausaha MOT, Datuk Isham Ishak dilaporkan berkata lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan, susulan kesediaan MAVCOM untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.

Ka Siong berkata MOT sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi mengatasi arah aliran meningkat harga tiket penerbangan yang dikatakan bukan hanya berlaku di Malaysia malah di tempat lain juga.

Bernama-

Tags: CAAMharga tiket penerbanganMavcomMOT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd