• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

oleh AK-47
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada hari ini mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.

“Notis penutupan ini disambung bermula dari hari ini sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu hari ini.

Katanya pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.

Pada 2 Disember lalu, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

-Harian Metro

Tags: Cameron HighlandsDitutupJalan Simpang Pulai-Cameron Highlandssimpang pulai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

TikTok Mula Ditutup Di AS Esok Kecuali Jika Biden Campur Tangan

18/01/2025
0

WASHINGTON - Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika...

Empat Premis Perniagaan GISBH Di Putrajaya Turut Ditutup

Empat Premis Perniagaan GISBH Di Putrajaya Turut Ditutup

22/09/2024
0

PUTRAJAYA: Beberapa premis perniagaan milik GISB Holdings (GISBH), di sini, dipercayai ditutup sejak empat hari lalu, selepas syarikat itu didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd