• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tawar Khidmat Peguam Percuma Kes Penderaan Bella

oleh Mohd Arshad
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tunku Ismail menegaskan, akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran itu.

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Tunku Ismail berkata, kes pendakwaan pada ketika ini membabitkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam, dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT).

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” titahnya.

Terdahulu, nasib malang menimpa Bella, 13, turut mendapati perhatian isteri TMJ, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Khaleeda menerusi perkongsian dalam akaun Twitter menyatakan, akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi Bella.

“Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

“Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

“Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba pada waktunya di dunia mahupun akhirat,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan prosiding mahkamah berkaitan kes penderaan terhadap Bella.

Remaja berkenaan yang ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju yang diasas Siti Bainun.

Siti Bainun didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Tags: Kes BellaKhidmat PeguamTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd