• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menyamar Polis Dan Samun: 3 Lelaki Ditahan

oleh AK-47
16/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan jenayah mereka dengan menyamar polis, sebelum bertindak mencederakan dan menyamun mangsa, dalam beberapa serbuan di Bayan Lepas dekat sini dua hari lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, tiga lelaki berusia 24 hingga 30-an itu, ditahan secara berasingan bermula pukul 1 tengah hari, susulan laporan polis dibuat seorang lelaki yang menjadi mangsa mereka.

“Menurut mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Datuk Keramat, di sini pada 11.30 malam 31 Mac lalu, dia didatangi dua lelaki yang mengaku sebagai anggota polis sebelum dibawa ke kawasan gelap di bahagian belakang kedai itu.

“Dua lelaki itu kemudiannya bertindak menumbuk perut mangsa, sebelum memaksanya menyerahkan duit dengan cara pemindahan wang secara dalam talian sebanyak RM1,000 ke satu akaun bank, yang diarahkan suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan, bagi mengesan sama ada tiga lelaki itu turut terlibat dalam beberapa kes menyamar polis atau jenayah lain, di Pulau Pinang.

Rahimi berkata ekoran penahanan tiga lelaki itu, polis merampas dua unit telefon bimbit, satu unit beg, satu paket syabu dan sekeping kad bank, untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar barang dan penganggur itu, mempunyai dua hingga 10 pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya.

Katanya, tiga lelaki yang positif dadah itu, kini direman sehingga 19 April bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 395 serta 170 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Tags: menyamarpolissamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd