• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Lima Lemas, Dua Hilang Dan 14 Diselamatkan

oleh AK-47
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Tiga kanak-kanak antara lima individu yang dilaporkan lemas dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Timbun Mata di sini pada Khamis.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian itu, dua lagi mangsa belum ditemui sehingga kini manakala 14 lagi berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.40 malam.

Katanya, dimaklumkan sebuah bot yang dinaiki seramai 21 penumpang tempatan dalam perjalanan dari Kampung Bakung-Bakung menuju ke Kampung Tandoaan yang terletak di Pulau Timbun Mata telah karam berhampiran perairan kampung berkenaan.

“Ekoran daripada kejadian itu, seramai 14 mangsa berjaya diselamatkan penduduk kampung iaitu berusia antara satu hingga 65 tahun manakala dua lagi hilang melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara tujuh hingga 14 tahun.

“Lima lagi mangsa meninggal dunia terdiri daripada dua dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 40 tahun.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohd Farhan Lee berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Pihak polis juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang sedang dilakukan,” katanya.

Mohd Farhan memaklumkan, pasukan penyelamat yang terlibat terdiri daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Taman-Taman Sabah (TTS) serta bantuan daripada penduduk kampung berkenaan.

“Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh juga disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Khadijah di talian 019-8718002 atau mana-mana balai polis atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) yang berhampiran,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi nasihat kepada pengusaha bot penumpang dan penduduk setempat agar sentiasa menjaga keselamatan dengan mematuhi jumlah muatan penumpang yang dibenarkan selain sentiasa memakai jaket keselamatan ketika berada di laut.

-Sinar Harian

Tags: bot karamkaramlemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd