• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

300 Ahli Gerakan Keluar Parti Sertai MIC

oleh Mohd Arshad
15/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI : Seramai 300 ahli parti Gerakan Bahagian Padang Serai dekat sini bertindak keluar parti itu dan menyertai MIC baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Organisasi MIC Negeri Kedah, Dr. Kalaikumar Nachi berkata, antara pemimpin Gerakan bahagian itu yang mengambil tindakan tersebut ialah Naib Ketua, N. Chandhiran dan Ketua Wanita, R. Saroja.

Menurutnya, mereka bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan hala tuju Gerakan setelah keluar daripada Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu.

“Penyertaan dua pemimpin dan ahli-ahli Gerakan bahagian itu dalam MIC menjadi satu sejarah dibawa pimpinan Datuk S. Ananthan selaku Pengerusi MIC Negeri Kedah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya yakin lebih ramai dalam kalangan masyarakat India di negeri ini akan kembali menyokong perjuangan MIC yang terbukti selama ini banyak berjuang dalam membela nasib rakyat.

Jelasnya, kebanyakan masyarakat India didapati kembali berminat menyertai BN selepas mula hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti-parti lain.

“Kemasukan ahli-ahli daripada parti pembangkang itu akan meningkatkan kekuatan BN di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” jelasnya.

Kalaikumar yang juga Ketua Cawangan MIC Bahagian Padang Serai berkata, beliau percaya peluang calon BN mewakili MIC mencapai kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini akan lebih cerah sekiranya lebih ramai masyarakat India menyokong MIC selepas ini.

-Utusan Online

Tags: Gerakankeluar partiMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd