• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Akhir Pemberian Dos Pertama PICKids Pada 15 Mei

oleh AK-47
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditetapkan pada 15 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C).

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan dos pertama bagi vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Dengan pengumuman ini, ibu bapa perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022.

“Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.

“Bagaimanapun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, kanak-kanak dalam kategori yang dinyatakan itu boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai perkara itu akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, tindakan memutuskan tarikh akhir untuk pemberian vaksin itu dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun.

“KKM sudah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids, permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi. Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir bagi dos pertama dan kedua perlu dibuat,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata sehingga semalam sebanyak 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 195,865 sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari yang lalu.

Mengenai persediaan tarikh akhir pemberian vaksin dalam PICKids itu, Dr Noor Azmi berkata, pihak Jabatan Kesihatan Negeri sudah memulakan operasi ‘Gerak Gempur’ di lapangan.

Katanya, ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

“Ibu bapa yang bersetuju akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama dan ibu bapa yang belum mendaftarkan anak mereka untuk vaksinasi COVID-19, boleh mendaftarkan anak dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei ini.

“Ini bagi membolehkan pautan kepada sistem tempahan janji temu dapat diberikan sebelum tarikh akhir dos pertama. Saya menyeru ibu bapa yang masih belum membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan vaksin secara percuma melalui PICKids sebelum tarikh akhir dos pertama.

“Pilihlah untuk vaksinkan anak anda bagi mengelakkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang teruk,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi memaklumkan mesyuarat yang sama turut bersetuju membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.

Borang baharu itu tidak lagi mempunyai klausa ‘Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya’.

“Pengguguran klausa ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin,” katanya.

BHonline-

Tags: CITF-CCovid-19KKMPICKids
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd