• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bella: Hakim Lawat Lokasi Kejadian

oleh AK-47
13/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Hakim dan semua pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda yang didakwa mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, hari ini, melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju yang juga tempat tinggal mangsa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.51 pagi diiringi beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dikawal rapi oleh polis serta pengawal keselamatan kondominium itu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Zilfinaz Abbas, Fazeedah Faik dan Nur Aliana Shakira.

Tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali dilihat menaiki kenderaan yang dipandu peguamnya, Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Seorang lagi peguamnya, Asiah Jalil turut serta dalam lawatan itu dan mereka tiba di lokasi kejadian secara berasingan kira-kira 10 pagi.

Lawatan itu berakhir pada 11.50 pagi dan kesemua pihak dilihat meninggalkan kondominium itu sebelum menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi meneruskan prosiding perbicaraan hari ini.

Lawatan itu bertujuan untuk mahkamah melihat dengan lebih jelas gambaran atau pandangan bilik (dobi) supaya lebih memahami insiden yang diceritakan dalam keterangan saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 18, yang juga penghuni Rumah Bonda.

Ini berikutan permohonan pihak pembelaan untuk melawat tempat kejadian bagi mendapatkan gambaran sebenar rumah selain saiz bilik dobi di kondominium berkenaan kerana menurut Yasmin, banyak kejadian dilakukan oleh tertuduh di bilik itu.

Namun pihak media yang berkumpul di lokasi itu sejak 9 pagi tidak dibenarkan masuk dan hanya menunggu di pintu masuk utama ke kawasan kondominium itu.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

Tags: Hakimkes mahkamahLawat Lokasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd