• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

oleh Mohd Arshad
11/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Harjeet mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas.

Menurut beliau, hal itu sejajar dengan slogan kementerian ‘Kami Sedia Membantu.

“Tahniah atas pelantikan Harjeet sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan berkuatkuasa pada 11 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki menambah, Harjeet, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat.

Jelasnya, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan yang baharu itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sejak mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1 Ogos 1989.

Mohd. Zuki memberitahu, Harjeet mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

Pelantikan Harjeet adalah bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 10 Februari lalu.

-Utusan Online

Tags: Harjeet SinghKementerian KesihatanKSU Kementerian Kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd