• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal 1MDB: Roger Ng Didapati Bersalah

oleh AK-47
09/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

New York : Juri pada Jumaat mensabitkan kesalahan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs kerana terbabit rasuah dan skim pengubahan wang haram membabitkan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Juri mendapati Roger Ng yang menyandang jawatan pengarah urusan di Goldman dari 2005 hingga 2014, bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan berkaitan dengan skim rasuah besar-besaran 1MDB, yang membabitkan penyelewengan berbilion dolar dana asalnya dikumpul oleh bank pelaburan.

Dana 1MDB ditubuhkan untuk mempromosikan ekonomi Malaysia, namun dirompak dalam skandal yang menggugat politik negara dan mencemarkan reputasi Goldman.

Menurut Jabatan Kehakiman (DoJ) AS, Ng dan rakan kongsinya membayar lebih daripada AS$1 bilion (kira-kira RM4.2 bilion) rasuah kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan tiga transaksi besar bon untuk Goldman dengan 1MDB.

Mereka didakwa mencuci dana berbilion dolar wang 1MDB, termasuk beberapa dana daripada urus niaga Goldman.

Menurut DoJ AS, sebahagian daripada wang itu disalurkan kepada barangan mewah, seperti lukisan Jean-Michael Basquiat bernilai AS $51 juta (kira-kira RM215.3 juta! dan jutaan dolar untuk beg tangan berjenama Hermes.

Perbicaraan selama lapan minggu itu membabitkan proses mengambil keterangan daripada Timothy Leissner, bekas rakan kongsi Goldman yang mengaku bersalah dalam kes itu dan turut menerangkan secara panjang lebar mengenai peranannya dan Ng dalam skim itu.

Peguam bela Ng dalam hujahnya berkata, keterangan Leissner harus diketepikan berdasarkan pengakuannya dan Ng adalah gadaian dalam konspirasi yang lebih besar.

Ng berdepan hukuman 30 tahun berikutan sabitan kesalahannya, kata jurucakap jabatan itu.

“Keputusan hari ini adalah kemenangan bukan sahaja untuk kedaulatan undang-undang, tetapi juga untuk rakyat Malaysia yang dana itu sepatutnya membantu.

“Ia memberi mesej yang kuat kepada mereka yang melakukan jenayah kewangan yang didorong oleh ketamakan bahawa kamu akan ditangkap, didakwa, disabitkan kesalahan, seperti Ng, dan berdepan hukuman penjara yang panjang, kata Peguam AS Breon Peace.

Perjanjian bon Goldman Sachs mengumpul AS $6.5 bilion (kira-kira RM27.4 bilion) menghasilkan untuk bank pelaburan berprestij New York itu dengan AS $600 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk yuran dan hasil, manakala Ng memperoleh kira-kira AS $35 juta (kira-kira RM147.8 juta) dalam bentuk sogokan, kata DoJ AS.

Pada Oktober 2020, Goldman bersetuju membayar penalti AS$2.9 bilion (kira-kira RM12.2 bilion) dalam penyelesaian DOJ yang termasuk pengakuan bersalah di mahkamah AS oleh unit bank Malaysia.

-Harian Metro

Tags: bersalahRoger NgSkandal 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

Tumbuk Guru, Pelajar Mengaku Salah

30/07/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki yang tular menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan...

Skandal 1MDB: ‘Kami Tak Putus Asa, Akan Lawan Kes Ini’. Pasukan Pembelaan Najib Bakal Tampilkan 11 Saksi

Skandal 1MDB: ‘Kami Tak Putus Asa, Akan Lawan Kes Ini’. Pasukan Pembelaan Najib Bakal Tampilkan 11 Saksi

30/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sekurang-kurangnya 11 saksi pembelaan akan ditampilkan dalam prosiding bela diri terhadap 25 pertuduhan yang dihadapi bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd