• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Struktur Pengurusan Bencana Mungkin Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Malaysia sedang melihat kemungkinan untuk mewujudkan struktur baharu dalam pengurusan bencana serta undang-undang khas bagi membolehkan isu bencana diuruskan dengan teratur dan tersusun, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata ketika ini semua perkara berkaitan bencana adalah di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia aspek keselamatan, tetapi bidang tugas MKN menjadi terlalu banyak ketika bencana berlaku.

Beliau berharap isu bencana diuruskan oleh satu struktur baharu, dengan seorang pegawai tertinggi diberikan kuasa penuh untuk mengerah segala kemudahan, sumber dan aset ketika berlaku bencana.

“Kita (kerajaan) akan teliti (struktur baharu). Kita tak ada undang-undang khas. Ada struktur tadbir urus yang kena kaji, perkukuhkan undang-udang tertentu supaya lebih mudah dilaksanakan (pengurusan bencana), lebih berkesan dan ada pihak bertanggungjawab.

” Tak macam sekarang ni semua urusan bawah MKN. MKN lihat semua aspek keselamatan negara, tapi bila soal bencana, beban banyak sangat untuk MKN,” katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan empat harinya di Jepun, di sini hari ini.

Muhyiddin tiba di sini Jumaat lepas untuk lawatan kerja empat hari dan antaranya menghadiri Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Risiko Bencana Pertubuhan Bangsa Bersatu kali ketiga di Sendai.

Persidangan di Sendai, kira-kira 380 km dari Tokyo, bermula Sabtu hingga Rabu.

Pada Sabtu di Sendai, timbalan perdana menteri mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pada Ahad beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Akihiro Ota.

Hari ini beliau mendengar taklimat oleh pihak berkuasa Jepun berkenaan pengurusan bencana dan dasar tindak balas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah bagi Pengurusan Bencana, kerajaan Jepun Hirofumi Hihara.

Pada sidang media itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata dalam taklimat oleh kerajaan Jepun itu, beliau dimaklumkan bahawa Jepun tidak mewujudkan badan khusus atau agensi khas untuk pengurusan bencana tetapi ia dilakukan menerusi struktur tadbir urus dan mempunyai undang-undang khas. – BERNAMA

Tags: bencana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

Ais Mencair, Dunia Berdepan Bencana ‘Dahsyat’

26/11/2023
0

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’ akibat daripada lapisan ais yang mencair di...

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

Belanjawan 2023: RM220 Juta Untuk Persiapan Menghadapi Bencana

24/02/2023
0

PETALING JAYA: Belanjawan 2023 memperuntukkan RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memenuhi keperluan aset, sistem amaran dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd