• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Maut Nahas Empat Kenderaan

oleh AK-47
04/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS: Empat maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, jam 6.22 petang tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mangsa yang maut dikenali sebagai Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36, dari Kampung Panji; Muhammad Saufi Jusoh, 34, dari Kampung Losong Haji Mat Shafiel Mohd Shahlan, 37, juga dari kampung sama manakala identiti seorang mangsa dipercayai pemandu belum diperoleh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata kemalangan membabitkan sebuah van, Proton Wira, Persona dan sebuah bas ekspres.

Katanya, semua mangsa yang maut adalah penumpang dan pemandu sebuah van, dipercayai pekerja syarikat kimpalan berdasarkan tong gas dalam kenderaan terbabit yang remuk.

Beliau berkata, mangsa yang cedera adalah pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, dari Ajil, Kuala Berang dan Nursilawati Said @ Nawang, 42; manakala 13 penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres dan pemandu Proton Persona, Chew Cheong Keng, 55, dari Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor tidak mengalami kecederaan.

“Sebaik menerima panggilan, seramai 18 anggota termasuk tujuh dari BBP Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Pemandu van jenis Daihatsu yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dipercayai gagal memintas sebuah kenderaan sebelum melanggar Proton Persona dari arah bertentangan.

“Van terbabit kemudian melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan ke Kota Bharu menyebabkan kenderaan terbabit remuk,” katanya.

Katanya, Proton Wira dinaiki Muhammad Fazil Husin dan Nursilawati yang berada di belakang van terbabit kemudian melanggar Proton Persona yang berpusing selepas dirempuh van.

“Bomba mengambil masa hampir satu jam mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam van berkenaan dengan mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.14 malam,” katanya.

Azmi berkata, mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat manakala yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

BHonline-

Tags: kemalanganmautNahas Kenderaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd