• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Dalam Gaung: Tiga Individu Ditahan Semula

oleh Mohd Arshad
04/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Tiga individu yang dipercayai terbabit dalam penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti di dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus Lama ditahan semula untuk siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun yang sebelum ini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tamat pada hari ini.

“Semuanya telah dijamin bagaimanapun ditangkap semula bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Permohonan reman terhadap tiga individu itu akan dilakukan esok di Mahkamah Majistret Seremban,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Ramadan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai salah seorang yang ditahan itu merupakan seorang penjenayah yang dikehendaki, Nanda menjelaskan, suspek sudah menjalani hukuman penjara tiga tahun sebelum ini mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melupuskan bukti.

Sebelum ini, media melaporkan, dua lelaki dan seorang wanita ditahan reman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus di sini pada 20 Mac lalu.

Dalam kejadian berkenaan, seorang anggota renjer yang bertugas di kaunter Pejabat Jabatan Perhutanan di Ulu Bendul, Kuala Pilah menyatakan telah didatangi oleh seorang lelaki berusia 50-an pada pukul 10.50 pagi yang memaklumkan mengatakan semasa sedang berjoging dan ingin mengambil gambar telah menjumpai mayat tersebut dalam keadaan tertiarap.

Kejadian berlaku di tepi Jalan Lama Bukit Putus di mana mayat dijumpai di dalam gaung bawah dan di bawah jambatan. Tempat kejadian jauh dari kawasan perumahan dan sunyi.

UtusanOnline-

Tags: gaungmayat wanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

Guru, Pekerja Kantin Maut SUV Jatuh Gaung Di Jalan Aring

06/12/2025
0

  KUALA BERANG: Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di...

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

Polis Sahkan Temui Mayat Wanita Tidak Berpakaian, Tangan Diikat

30/10/2025
0

SERDANG: Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd