• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Sekolah: Elak Kunjungi Kawasan Terdedah Dengan Kencing Tikus

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Orang ramai yang merancang untuk memenuhi musim cuti persekolahan dengan aktiviti luar dinasihatkan agar berhati-hati.

Ini kerana serangan penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospirosis atau kencing tikus bukan sahaja berlaku di kawasan yang kotor, tetapi di kawasan sungai atau air terjun.

Mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti riadah di kawasan tersebut mempunyai risiko mendapat penyakit ini melalui air kencing yang disebarkan oleh haiwan-haiwan liar dan kebiasaannya adalah tikus.

Dengan faktor cuaca musim panas ini, risiko terhadap penyakit ini lebih tinggi memandangkan haiwan-haiwan berkumpul di kawasan sungai dan air tawar.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kawasan rekreasi berhampiran anak sungai dan air terjun boleh tercemar apabila sampah dan makanan yang ditinggalkan tidak dilupuskan dengan betul.

“Sampah-sampah itu menjadi sumber makanan untuk tikus dan haiwan lain. Najis dan air kencing daripada haiwan-haiwan ini akan memasuki sungai, seterusnya memberi kesan kepada mereka yang mandi atau bermain air di kawasan itu,” katanya.

Jelasnya, jika sesebuah tempat itu terdedah dengan risiko penyakit ini, Kementerian Kesihatan akan menutup kawasan itu dan membersihnya.

Dr Noor Hisham berkata, kawasan air tawar semula jadi juga boleh terdedah dengan penyakit ini.

“Aktiviti perkhemahan atau ‘trekking’ di kawasan-kawasan itu boleh diteruskan, tetapi perlu berhati-hati jika menggunakan air sungai berdekatan,” jelasnya.

Sementara itu, selepas berakhirnya bencana banjir baru-baru ini, Kementerian Kesihatan terus berusaha membendung leptospirosis, manakala Jabatan Kesihatan Pahang menggesa orang ramai untuk mengehadkan aktiviti luar seperti mendaki gunung dan berperahu.

Di Kedah, kerajaan negeri turut menasihati orang ramai agar mengelakkan berenang di kawasan air terjun disebabkan oleh peningkatan jumlah jangkitan tahun lepas berikutan hujan lebat dan banjir kilat.

Terdapat 7806 kes leptospirosis tahun lepas dengan melibatkan 92 kematian, peningkatan 75 peratus daripada 4,457 kes pada tahun 2013.

Negeri Selangor mencatat rekod tertinggi dengan 1832 kes, manakala Perlis baharu sahaja terdedah dengan penyakit ini, 20 kes tahun lalu.

Dr Noor Hisham berkata, cara terbaik untuk mengelakkan terkena jangkitan leptospirosis ialah menjauhkan diri dari kawasan berisiko dipenuhi tikus.

“Risiko jangkitan leptospirosis adalah berkaitan dengan kebersihan diri, kedai makanan yang kotor dan persekitaran yang tidak bersih,” katanya.

“Pilihlah premis makanan yang bersih. Sentiasa memerhatikan tahap amalan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan menggunakan sabun, menjaga kebersihan rumah, taman dan kawasan makanan, dan elak menggunakan air yang tercemar.

“Bagi mereka yang terdedah kepada risiko leptospirosis kerana tugasan, mereka dinasihatkan memakai pakaian pelindung seperti but getah dan sarung tangan kalis air untuk menutup luka,” tambahnya. – mStar Online

Tags: Kencing tikus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Curi Wang RM24.2 Juta: Pemegang Akaun Terjejas Perlu Dapat Bayaran Balik Segera – BNM

Kedah Rekod 105 Kes Kencing Tikus, Satu Kematian

21/06/2024
0

ALOR SETAR: Kedah merekodkan sejumlah 105 kes jangkitan leptospirosis atau kencing tikus sehingga Minggu Epidemiologi ke-23 iaitu antara tempoh Januari...

Tiada Laporan Air Tebu Tercemar Kencing Tikus

23/05/2018
0

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli minuman itu di bazar Ramadan kerana tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd