• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Benar Rapat Saf Solat Jemaah Mulai 1 April

oleh AK-47
31/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan saf tanpa sentuhan fizikal berkuat kuasa 1 April ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pelaksanaannya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kebenaran rapat saf solat Jumaat dan solat fardu berjemaah itu antara yang tersenarai dalam prosedur operasi standard (SOP) baharu aktiviti ibadat di masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dalam fasa endemik di negeri ini sebagaimana diumumkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam kenyataan melalui laman Facebook rasminya.

Berdasar SOP itu, kebenaran merapatkan saf mengikut kadar jarak sejadah bersaiz standard minimum 110 sentimeter (cm) panjang dan 70 cm lebar yang dibawa sendiri para jemaah serta tidak berlaku sentuhan fizikal.

Jaip menjelaskan, bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau serta kemampuan terhadap kawalannya selain terbuka kepada semua sama ada yang telah atau belum divaksin.

“Bagaimanapun, individu bergejala atau menerima arahan wajib kuarantin adalah dilarang hadir ke masjid atau surau.

“Masjid dan surau juga digalakkan menyediakan ruang solat khas untuk jemaah musafir,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, bagi aktiviti solat Jumaat dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lokaliti bersasar, hanya 40 jemaah dibenarkan tidak termasuk pegawai masjid dan hanya 12 jemaah dibenarkan untuk solat fardu berjemaah.

Turut dibenarkan aktiviti pengajian ilmu dan keagamaan serta sambutan hari kebesaran Islam.

“Jamuan di masjid dan surau juga dibenarkan namun digalakkan secara berbungkus manakala jamuan secara berhidang perlu disediakan pramusaji.

“Begitu juga dengan majlis akad nikah, ia dibenarkan diadakan di masjid namun tertakluk kepada SOP yang ditetapkan,” jelasnya.

Jaip menjelaskan, kehadiran imam, khatib dan penceramah dari luar Pahang adalah dibenarkan dan mereka perlu melakukan ujian saringan menggunakan kit ujian kendiri dengan disaksikan oleh penganjur, selain perlu melengkapkan permohonan dalam sistem e-Perakuan.

Menurutnya, bagi jemaah bukan warganegara atau bukan ahli kariah kawasan, serta kanak-kanak berusia lima tahun ke atas dibenarkan hadir ke masjid atau surau dengan mematuhi SOP ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

“Masjid dan surau hendaklah disanitasi sekerap mungkin dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa.

“Masjid atau surau yang didapati gagal mematuhi SOP dan berlaku penularan jangkitan Covid-19 ekoran aktiviti dijalankan boleh dikenakan tindakan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: PahangRapat Saf Solat Jemaahsolat berjemaah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd