• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Mohon Batal Ujian PCR Untuk Pelancong

oleh Mohd Arshad
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand akan meminta Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk membatalkan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) bagi pelancong asing.

Sebaliknya, mereka meminta supaya ia digantikan dengan ujian kit antigen (ATK) berkuat kuasa 1 Mei ini.

Menterinya, Phiphat Ratchakitprakarn, berkata menerusi langkah itu, pelancong tidak lagi perlu menanggung kos saringan PCR dan keperluan menetap pada malam pertama di hotel kuarantin (SHA+).

“Kami jangka langkah ini akan diluluskan dan dilaksanakan mulai 1 Mei, dengan syarat tiada peningkatan jangkitan baharu dan kematian berikutan COVID-19 semasa serta selepas Songkran,” katanya.

Tambah beliau, had kes jangkitan harian yang boleh ‘diterima’ ialah 60,000 kes termasuk mereka yang disahkan positif menerusi ATK dan 100 kematian.

Kementerian berkenaan, minggu lalu mengemukakan pelan untuk menarik balik keperluan permohonan Pas Thailand bagi pengembara mulai 1 Jun, demi memacu kadar kemasukan pelancong ke Thailand.

Phiphat berkata, langkah sedemikian bakal menghidupkan semula kemasukan pelancong ke Thailand, seperti pada 2019 iaitu sebelum COVID-19 memaksa sekatan pergerakan pada peringkat global.

Jika kerajaan menerima cadangan itu, pelancong tidak lagi perlu mendaftar untuk mendapatkan Pas Thailand seperti diperuntukkan menerusi Uji & Gerak, Sandbox dan skim kuarantin.

Kementerian Pelancongan mengunjurkan Thailand akan menerima kemasukan sekurang-kurangnya tujuh juta pengembara asing tahun ini, perangkaan lebih rendah berbanding jangkaan 10 juta pelancong sebelum ini.

Pendapatan pelancongan pada 2022 diunjurkan meningkat kepada 1 trilion baht (RM1.25 bilion) atau 30 peratus daripada 3 trilion baht (RM3.75 bilion) yang diperoleh pada 2019.

Kementerian itu optimistik bahawa pendapatan pada 2023 akan melonjak sebanyak 50 peratus kepada 1.5 trilion baht (RM1.88 bilion) sebelum kembali ke kadar pra COVID-19 menjelang 2024.

BHonline-

Tags: ATKCovid-19PCRThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd