• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 kabel Dasar Laut Baharu Tampung Keperluan

oleh AK-47
24/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan sedang melaksanakan penambahan empat kabel dasar laut baharu bagi membantu menampung keperluan rangkaian hubungan di Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata empat kabel itu antaranya membabitkan Sistem Kabel Bay to Bay Express (BtoBE) oleh Facebook dengan kerjasama Time Dotcom Berhad selaku rakan pendaratan di Cherating pada suku pertama 2023.

“Kedua ialah ialah Sistem Kabel MIST oleh NTT dengan kerjasama Arus Restu Sdn Bhd selaku rakan pendaratan di Morib dengan jangkaan siap pada suku kedua 2023.

“Ketiga ialah Sistem Kabel IAX yang akan mendarat di Morib dengan jangkaan siap penghujung 2022, manakala keempat ialah Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd akan mendarat di Kuching dengan jangkaan siap hujung 2022,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu perincian mengenai pautan Malaysia kepada rangkaian internet global sedia ada dan yang telah dirancang termasuk bilangan pautan kabel dasar laut.

Annuar berkata Malaysia sebenarnya dihubungkan dengan 17 perkhidmatan kabel dasar laut yang berbeza dan buat masa ini kapasiti jaringan sedia ada adalah lebih daripada mencukupi bagi menampung permintaan untuk masa akan datang.

Beliau berkata daripada 17 kabel dasar laut itu, empat daripadanya terhubung ke Sarawak dan adalah dalam kategori rangkaian teras yang menghubungkan Sabah dan Sarawak kepada dunia luar.

“Sarawak dan Sabah sudah dihubungkan dengan dua sistem kabel dasar laut sedia ada iaitu Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menghubungkan Mersing ke Kuching, Bintulu dan Miri dengan kapasiti semasa 7.4 terabit per sec (Tbps) dan sistem kabel East-West dari Mersing ke Kuching oleh Sacofa Sdn Bhd dengan kapasiti semasa 600 gigabit per sec (Gbps).

“Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd dengan kapasiti 48 Tbps yang dijangka siap suku kedua 2022 bakal berfungsi bagi not gerbang antarabangsa yang baru bagi Sarawak,” katanya.

-Harian Metro

Tags: kabel dasar lautTampung Keperluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

Taiwan, China Berbalah Mengenai Kerosakan Kabel Dasar Laut

09/01/2025
0

TAIPEI : Taiwan dan China saling tuduh menuduh berhubung kerosakan kabel komunikasi dasar laut di luar pantai pulau itu, yang...

Facebook Dan Google Tidak Terlibat – Najib

04/04/2021
0

DARI FB NAJIB SAYA terima penjelasan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong bahawa Facebook dan Google tidak melibatkan Malaysia dalam projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd