• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Kedua Pencen Rakyat Pada Ogos

oleh AK-47
23/03/2022
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Bayaran kali kedua insentif Pencen Rakyat kepada warga emas yang berkelayakan di negeri ini akan mula dibuat pada bulan Ogos nanti melibatkan peruntukkan sebanyak RM13 juta.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, agihan insentif Pencen Rakyat kali pertama sebanyak RM6.2 juta telah dibuat pada tahun lepas.

Menurutnya, sehingga kini bantuan tersebut memberi manfaat kepada 20,691 warga emas yang menepati syarat permohonan ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 3,718 penerima adalah dari Kemaman, Hulu Terengganu (3,424), Setiu (2,809), Besut (2,798), Marang (2,437), Kuala Nerus (2,082), Kuala Terengganu (1,799) dan Dungun (1,624),” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Sulaiman Sulong (Pas-Pengkalan Berangan) mengenai sejauh mana pelaksanaan pencen rakyat Terengganu yang dilaksanakan pada tahun lepas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, pelaksanaan Pencen Rakyat merupakan usaha memenuhi janji kerajaan negeri kepada rakyat sebagaimana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dan ia memberi impak positif kepada warga emas memerlukan.

Katanya, insentif tersebut juga untuk membantu mengurangkan bebanan warga emas dari sudut kewangan bagi menampung perbelanjaan mereka selain kecaknaan kerajaan negeri kepada golongan tersebut.

“Antara kriteria mereka yang layak memohon insentif ini adalah warga negara berumur 60 tahun dan ke atas, rakyat negeri ini atau bermastautin melebihi 15 tahun, bukan pesara atau penerima pencen serta tidak mendapat bantuan bulanan dari mana-mana agensi.

“Keutamaan diberikan kepada mereka yang hidup bersendirian atau mempunyai keluarga tapi tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan dan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan,” katanya.

Pencen Rakyat sebanyak RM50 sebulan atau RM600 setahun melibatkan peruntukkan sebanyak RM13 juta telah diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pembentangan Belanjawan 2022.

-Sinar Harian

Tags: Bayaran Kedua Pencen RakyatPencen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

Mahkamah Persekutuan Putuskan Bekas Senator, Ahli Parlimen Tiada Hak Tuntut Kenaikan Pencen

07/04/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen dan senator bersara tidak berhak menikmati kenaikan pencen apabila semakan gaji dibuat. Ketika membenarkan...

Pencen Diselaraskan Selari Semakan Gaji Penjawat Awam – Menteri

Pencen Diselaraskan Selari Semakan Gaji Penjawat Awam – Menteri

05/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi jaminan bayaran pencen kepada lebih 931,000 pesara akan diselaraskan, selari dengan semakan gaji pegawai awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd