• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data FlightRadar24 Tunjukkan Pesawat MU5735 Terjunam

oleh AK-47
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing : Data penerbangan perkhidmatan pemantauan trafik udara menunjukkan pesawat China Eastern Airlines MU5735 naik semula seketika selepas terjunam 22,000 kaki (kira-kira 6,705 meter), sebelum sekali lagi terjunam dan terhempas.

Tiada mangsa terselamat ditemukan dalam serpihan pesawat Boeing 737-800 yang terhempas pada Isnin di wilayah Guangxi, lapor South China Morning Post.

Terdapat 132 orang di dalam kapal.

Data FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 29,100 kaki (kira-kira 8,869 meter), menjunam pada berkelajuan tinggi pada 2:20.43 petang dan kehilangan altitud pada kadar maksimum kira-kira 31,000 kaki (kira-kira 9,448 meter) seminit (kira-kira 560 kilometer sejam).

Dua puluh saat selepas itu, kadar penurunan menjadi perlahan, dan selama 45 saat seterusnya, pesawat mendatar pada 7,425 kaki (kira-kira 2,208 meter) dan mula naik semula

Kira-kira 15 saat kemudian, pada 8,600 kaki (kira-kira 2,621 meter, pesawat itu menjunam kali kedua.

Pesawat itu terhempas, di kawasan hutan di daerah Teng, berhampiran bandar Wuzhou, 30 saat kemudian.

Komunikasi terakhir data dari komputer pesawat ialah pada 2:22.35 petang pada ketinggian 3,225 kaki (986 meter).

Rakaman video di media sosial China menunjukkan pesawat itu menjunam dalam keadaan hampir menegak.

FlightRadar24 yang berpangkalan di Sweden berkata data itu didapati “terus daripada komputer pesawat dan kadar perubahan berdasarkan sensor pesawat”.

Menurut FlightRadar24, pihaknya mengumpul data pesawat untuk sekurang-kurangnya dua kali bagi setiap saat.

-Harian Metro

Tags: Data FlightRadar24Pesawat MU5735
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd