• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran IPD Sepang: Tiada Unsur Khianat Dan Jenayah Ditemukan

oleh AK-47
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Tiada unsur khianat dan jenayah ditemukan susulan insiden kebakaran membabitkan beberapa bilik utama di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, perkara itu disahkan pegawai daripada Bahagian Siasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.

Beliau berkata, pasukan yang diketuai Penguasa Kanan Bomba II Azlan Rahmat tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.30 malam tadi bagi menyiasat punca kebakaran dibantu Unit Anjing Pengesan (K9).

“Selepas pemeriksaan selama dua jam, bomba mengesahkan tiada unsur khianat atau jenayah dikesan susulan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati, kebakaran disyaki berpunca daripada pejabat pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah dan seterusnya merebak ke Pejabat Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) serta bilik mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah.

Wan Kamarul Azran berkata, pemeriksaan awal mendapati hampir keseluruhan pejabat-pejabat di Bahagian Siasatan Jenayah mengalami kerosakan akibat kebakaran itu, namun tiada kertas siasatan musnah dalam kebakaran itu.

“Lain-lain kerosakan yang dikenal pasti, termasuk gangguan talian internet bagi Integrated Police Reporting System (IPRS) kerana kabel fiber optik terbakar,” katanya.

Dalam kejadian itu, tiga bilik utama membabitkan Pejabat Pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah, Pejabat SIO dan Bilik Mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah musnah dalam kebakaran kira-kira 6.25 petang semalam.

Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal 10 minit kemudian oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

-Utusan Online

Tags: Kebakaran IPD SepangUnsurunsur jenayahUnsur Khianat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Baby Adam Tiada Unsur Jenayah

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR - Siasatan polis sebelum ini mendapati kematian bayi lelaki berusia 10 bulan bernama Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim...

Kematian Jurutera Tiada Unsur Jenayah

28/08/2018
0

DUNGUN - Seorang jurutera di sebuah syarikat penyenggaraan Industri pemprosesan minyak di Kemaman ditemukan mati berhampiran kediamannya di Kampung Nyior,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd