• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hong Kong Pertimbang Buka Semula Sempadan Antarabangsa

oleh AK-47
22/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG: Pembukaan semula sepenuhnya perjalanan antarabangsa di Hong Kong akan memberi ‘sedikit kesan kecil’ terhadap penyebaran COVID-19, menurut satu kajian akademik yang dikeluarkan hari ini, ketika hab kewangan ini mula melonggarkan langkah-langkah ketat COVID-19 itu.

Kajian bertajuk ‘Perancangan ke hadapan, selepas gelombang kelima HK Omicron BA.2’, menjangkakan gelombang keenam akan bermula pada Jun susulan langkah-langkah untuk mengawal penyebaran penyakit itu dilonggarkan pada beberapa bulan ini dan bandar itu meningkatkan kadar vaksinasi.

Menurut pakar dari Universiti Hong Kong, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Makmal Penemuan Data untuk Kesihatan, ia tidak akan memberi kesan langsung selagi pengembara yang tiba sudah divaksinasi sepenuhnya atau mempunyai ujian negatif ketika menaiki penerbangan ke wilayah yang dikuasai China itu.

Penyelidik itu mengesyorkan strategi terbaik untuk kerajaan Hong Kong pada masa hadapan adalah ‘peralihan terkawal… lebih cepat daripada sepatutnya’ bagi masyarakat meneruskan hidup dengan penyakit itu.

Pihak berkuasa di Hong Kong dan China berpegang kepada polisi ‘sifar dinamik’, berusaha untuk membendung wabak sebaik saja ia berlaku melalui pengesanan kontak yang dilakukan meluas, ujian dan pengasingan diri.

Bagaimanapun, sejak Februari lalu, bekas tanah jajahan British itu bergelut untuk mengatasinya apabila jangkitan dan kematian meningkat.

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, semalam berkata, Hong Kong akan melonggarkan peraturan penjarakan sosial pada April serta menarik balik larangan penerbangan dari sembilan negara, sebagai tindak balas terhadap langkah ketat bandar itu ketika seluruh dunia beralih kepada kehidupan bersama virus.

Sejak pandemik itu bermula pada 2020, Hong Kong kini sudah merekodkan lebih sejuta jangkitan dan lebih 6,000 kematian dengan kebanyakannya bulan lalu.

Lebih separuh daripada penduduk Hong Kong sudah dijangkiti, kata penyelidik.

Pihak Berkuasa Kesihatan melaporkan 14,152 jangkitan COVID-19 baharu hari ini dengan dan 245 kematian.

Kajian itu berkata, peralihan ke arah endemik akan mendedahkan 40 peratus atau lebih daripada populasi yang belum dijangkiti secara terkawal, yang boleh membangunkan ‘imuniti hibrid’ melalui gabungan jangkitan semulajadi dan vaksinasi.

Katanya, sekurang-kurangnya 90 peratus daripada mereka yang berumur lebih daripada 70 tahun perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua dos vaksinasi, meningkat daripada kira-kira 70 peratus pada ketika ini.

Dengan andaian langkah-langkah penjarakan sosial dilonggarkan sepenuhnya menjelang 1 Jun, gelombang keenam penyakit itu akan muncul dan berlangsung sehingga dua bulan.

Menjelang 30 Jun depan, jumlah kumulatif jangkitan akan menjadi kira-kira 6.7 juta, dengan jumlah kumulatif kematian sehingga 10,882 korban.

BHonline-

Tags: Covid-19Hong Kongsempadan antarabangsawho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd