• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh, Bakar: Pengawal Keselamatan Disambung Reman

oleh Mohd Arshad
21/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengawal keselamatan yang ditahan berkaitan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada 12 Mac lalu, disambung reman enam hari.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata sambungan reman suspek berusia 34 tahun itu dibuat selepas remannya selama tujuh hari sebelum ini tamat pada Sabtu lalu.

“Suspek disambung reman selama enam hari bermula semalam hingga 25 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan kes sudah 95 peratus selesai dan ia akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini atau esok untuk arahan tuduh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Derma Darah sempena Hari Polis ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Muhammad Idzam berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan 37 individu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun ditemui rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, Sabtu lalu.

Muhammad Idzam dilaporkan berkata, cubaan merogol mangsa dipercayai menjadi motif wanita itu yang juga penyelia kedai buku dibunuh sebelum mayatnya dibakar di lokasi kejadian.

-Berita Harian

Tags: bakarDiremanDisambung Remankes bunuhpengawal keselamatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd