• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ahli Dewan Negara Angkat Sumpah

oleh AK-47
21/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Dua Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Berhad Datuk Dr Azhar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Azhar dan Mohd Ridhwan adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai hari ini hingga 20 Mac 2025.

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan menunaikan segala sumpah yang dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi.

Menurutnya setiap Ahli Dewan Negara perlu mematuhi serta melunaskan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya kerana hasil kerja setiap daripada mereka akan dinilai dan diukur oleh rakyat.

“Zaman Ahli Dewan Negara seperti dahulu harus dikikis dan Ahli Dewan Negara yang baharu perlu jadikan sebagai realiti dan senarai tugas telah diberikan dan diharapkan Ahli Yang Berhormat menggunakan kepakaran masing-masing untuk menjuarai apa-apa juga bidang yang terpalit dengan tugasan tersebut.

“Tugas dan khidmat kita tidak berakhir pada bunyi loceng Parlimen sebaliknya khidmat kita lantas terus di lapangan rakyat sama ada di kampung dan pekan, di bandar dan luar bandar,” katanya.

Rais turut menekankan supaya Ahli Dewan Negara tidak membaca teks perbahasan secara keseluruhannya sebaliknya berbahas mengikut lunas di Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 36.

Dalam pada itu, Rais turut memaklumkan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Senator Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di luar dewan pada 20 Januari 2022.

Kedua-dua mereka adalah lantikan baharu oleh Dewan Undangan Negeri Perak.

-Harian Metro

Tags: Ahli Dewan Negaraangkat sumpahDewan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd