• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titik Tepat Kedudukan Mangsa Kuari Runtuh Dikenalpasti

oleh AK-47
19/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa tertimbus runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini yang memasuki hari ke-12 hari ini, memasuki fasa baharu apabila pasukan pencarian sudah mengenal pasti satu titik tepat (spot) jangkaan kedudukan mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata susulan itu pihak syarikat yang menyelenggara kuari terbabit mencadangkan agar kerja penggerudian (drill) mula dilakukan di titik berkenaan.

Katanya, kerja penggerudian yang dicadangkan adalah seluas 9.3 meter persegi membabitkan kedalaman 11 meter.

“Spot (titik) jangkaan kedudukan sebenar berkenaan dikenal pasti melalui hasil perbincangan bersama semua agensi yang terbabit sama dalam operasi SAR mangsa, pagi ini.

“Penggerudian akan dibuat menggunakan ‘driller’ (jentera penggerudi) dengan dipantau sepenuhnya oleh Pasukan Khas Operasi, Taktikal, dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Sementara itu, kerja pembersihan dan membuka jalan hingga ke bahagian belakang runtuhan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pemantauan diteruskan terhadap kerja pengalihan batu untuk ke titik mangsa dipercayai tertimbus oleh pihak syarikat kuari menggunakan dua jengkaut (excavator) untuk penugasan hari ini.

Rabu lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, alat pengesan logam yang digunakan bagi menentukan titik sebenar lokasi mangsa tertimbus runtuhan kuari itu ada mengeluarkan tanda bunyi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus dikenal pasti sebagai Itam Bah Lasoh, 43 ,dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

-Berita Harian

Tags: Kuari RuntuhMangsaTitik Tepat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

21/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Individu berusia 21 hingga 30 tahun adalah kumpulan mangsa tertinggi jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November tahun...

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd