• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Angkat Sumpah MB Baharu Johor Dijangka Petang Ini

oleh AK-47
15/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Siapa Menteri Besar (MB) Johor ke-19 dijangka terjawab petang ini.

Ia berikutan persediaan majlis angkat sumpah dikatakan sedang berjalan dan dijangka diadakan antara jam 2 atau 3 petang ini.

“Ya, majlis angkat sumpah dijangka diadakan petang dan siapa Menteri Besar Johor ke-19 akan terjawab nanti,” kata sumber ketika dihubungi.

Tinjauan di pintu utama dan belakang Istana Bukit Serene, di sini, mendapati terdapat beberapa pengamal media sudah menanti berhampiran kawasan berkenaan seawal jam 10.30 pagi tadi, sebaik khabar angin majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan hari ini.

Semalam, Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor dilapor mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin Johor berikutan orang muda mampu memberikan idea dan sumbangan bermakna dalam pembangunan Johor.

Kenyataan bekas Menteri Besar itu yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, seolah-olah mengesahkan khabar angin yang menyatakan nama lain bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Nama lain yang disebut-sebut dilantik adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi, bekas EXCO Belia dan Sukan Johor yang juga pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang juga pemenang DUN Rengit.

-Berita Harian

Tags: Majlis Angkat SumpahMB Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

Isu Tukar Tanah Mindef: MB Johor Beri Keterangan

Isu Tukar Tanah Mindef: MB Johor Beri Keterangan

05/07/2022
0

Kuala Lumpur : Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd