• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Maut, 20 Cedera Di Thailand Selepas Bas Rempuh Tiang Jambatan

oleh Mohd Arshad
14/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lapan penumpang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bas dua tingkat melanggar tiang konkrit sebuah jambatan, dalam kemalangan di wilayah Saraburi di Thailand kelmarin.

Sejumlah 32 penumpang berada dalam bas berkenaan yang dikendalikan oleh syarikat pengangkutan milik negara, ketika kemalangan berlaku.

Media tempatan melaporkan, lima penumpang maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.

Rakaman kamera perakam video (dashcam) pada bas berkenaan menunjukkan kenderaan itu dipandu laju sehingga hilang kawalan lalu merempuh tiang jambatan berkenaan.

Kesan perlanggaran itu menyebabkan bumbung bas tercabut dan bertaburan atas jalan, selain para penumpang tersepit di tempat duduk mereka.

Ketika kemalangan berlaku, bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari daerah Suwannaphum ke Bangkok.

Pihak berkuasa memaklumkan, siasatan awal mendapati bas itu hanya dipandu pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum melanggar tiang jambatan terbabit.

Sehubungan itu, polis mengesyaki pemandu bas berkenaan mungkin menukar laluan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan perlanggaran.

Pemandu bas yang terselamat dalam kemalangan itu akan dikenakan denda dan lesennya ditarik mengikut keputusan mahkamah.

BHonline-

Tags: basjambatanrempuh tiangThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd