• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Sasar Sediakan 101 Bas Panorama Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 101 bas henti-henti Panorama Melaka tahun depan dalam usaha menambah baik pengangkutan awam di negeri ini.

Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Lim Ban Hong berkata pada masa ini sebanyak 61 bas disediakan syarikat pengurusan bas tersebut, Panorama Melaka Sdn Bhd, yang juga anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau berkata ketika ini 35 laluan disediakan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar dengan kira-kira 20 laluan adalah laluan perkhidmatan sosial iaitu syarikat tidak mengambil untung, malah ada laluan yang kosnya ditampung kerajaan negeri.

“Kami masih mengkaji dengan tambahan 40 bas tahun depan berapa banyak laluan yang boleh kami berikan, juga laluan sosial kami mahu beri untuk kemudahan rakyat,” katanya kepada Bernama di sini.

Bas henti-henti di Melaka yang dikenali sebagai bas Panorama Melaka agak unik di negara ini di mana pengangkutan awam itu disediakan kerajaan negeri untuk kegunaan rakyat, mengikut model beberapa negara di Eropah.

Pada Februari 2010, kerajaan negeri mengambil alih pengurusan 10 syarikat bas henti-henti di negeri ini dengan pampasan bernilai RM7.7 juta, sejak itu rakyat di negeri ini menikmati perkhidmatan bas yang selesa dengan bayaran antara RM1 hingga RM2 bergantung pada laluan.

Lim berkata kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan perkhidmatan bas ‘Hop On Hop Off’ terutamanya di kawasan tumpuan pelancong.

“Ciri-ciri utama perkhidmatan ini bayaran tambang sekali untuk sehari dan penumpang boleh menggunakan perkhidmatan bas ini untuk sepanjang hari itu, di mana ini boleh mewujudkan jariangan antara pusat pelancongan, hotel, kompleks beli-belah serta kawasan kediaman,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan itu disasarkan kepada penduduk di kawasan bandar dan pelancong, supaya mereka boleh mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri di dalam bandar seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas.- BERNAMA

https://youtu.be/fE2uOrNnHqo

Tags: bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd